Welcome to my blog :)

rss

Feb 9, 2010

Buat Mereka yang berada di Bangunan Tenis yang sejuk itu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..


Pesanan Kepada Mereka.....


PASUKAN DEBAT UPSI
KEJOHANAN DEBAT IKIM 2010..





Entry yang basi barang kali, namun memang aku ader niat pun untuk wish kepada mereka, cuma masa jer kejap ada kejap tak der.. Aku bukan pandai bermadah bunga-bunga bahasa untuk wish kepada mereka. Aku suka direct to the points.. Makanya buat mereka, berjuang lah sampai ke garisan penamat ok.. Doa selalu membasahi bibir untuk kalian.. =)

p/s: Gambar dicilok dari Facebook Aini.. walaupoon aku tak ikut mereka, aku dulu yang updates belog dengan gambar ni yer.. hahahaha (ketawer keji)

Feb 7, 2010

Ada apa dengan Nilai SEN?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini menggunakan kata ganti nama diri pertama iaitu 'Saya'

1 ) Saya baru balik dari Dewan Kuliah N bagi menghadiri seh su a tu yang perlu di rahsiakan dari pengetahuan umum. Setelah menunggu hampir sejam dengan melayan Facebook barulah Miss P datang. Demi melihat nasi Keraboo yang di bawa oleh beliau, perut saya berasa lapar. Makanya saya menghantar Mesej kepada Noura untuk membeli makanan yang bisa menghilangkan kelaparan ini. Saya berjanji akan membayar balik wang makanan tersebut.

2 ) Dek kerana Miss P membeli Nasi Kerabu di Kolej Ungku Omar sempena 'Open Day', tetapi Noura dan cik Mus 'on the way' ke DKN & sudah selamat berada depan Kampus, makanya saya memesan apa-apa makanan ringan sahaja.. konsep makanan ringan di sini bukan 'junk food' tetapi makanan ringan something Light.. Faham kah?

3 ) Noura datang dengan sebungkus roti Sardin / ikan bilis hancur barang kali. Makanya saya makan sahaja tanpa banyak soal. Sudah saya bilang, apa-apa sahaja makanan ringan. Bila sudah makan dengan kenyang... kini tiba masa titik pertikaiannya.,

4 ) Pertikaiannya, Manusia berpegang pada janji..bila tiba masa untuk saya membayar balik hutang duit roti itu kepada Noura, namun Noura enggan menerima... Kes yang selalu berlaku apabila melibatkan wang sen-sen.. kawan saya juga lebih-lebih lagi si Christina juga enggan menerima jika saya ada terpinjam duit sen-sen beliau. Mereka agak culas untuk menerima.. tak tahulah kenapa.

5 ) Kadang kala saya berasa aneh dan ganjil apabila duit kertas masih lagi boleh diterima, namun bila melibatkan hutang duit sen-sen.. makanya pemiutang mengambil sikap dihalalkan sahaja atau di akad dengan niat belanja.. (ada ke niat belanja?)

6 ) Tadi Noura hanya berniat belanja dan menyuruh saya membalas balik dengan Doa kejayaan kepada mereka.. (always do), makanya saya angguk sahajalah walaupun saya agak tidak suka berhutang walaupun nilai matawangnya 80 Sen untuk sebungkus roti.

7 ) Kemudian saya pulang dan menyinggah di Mini mart. Membeli barangan runcit.. semuanya RM 1.60 sahaja.. Duit 2 Ringgit bertukar tangan... dan dikembalikan wang baki ke tangan saya.. 20 sen.. (kurang 20 sen lagi)

8 ) Saya terdetik untuk patah balik, memberitahu penjual minimart, dia tersilap kiraan baki.. sepatutnya dikembalikan 40 sen.. Namun.. dibatalkan niat.. 20 sen cuma.. apalah yang perlu di kecohkan.. ;)

p/s: Mentality berbeza..

Feb 4, 2010

when You Find it, It was...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua..

Semalam, Aku baru pulang dari majlis.. Majlis yang sederhana sahaja.. tiada belon segala, tiada tali warna warni rambai tergantung segala, tiada tiupan wisel bagai waima sang badut yang datang menghiburkan hati (hope so kalo aderr even time kecik aku leh nanges kalo jumpa badut..penangan citer IT)


Namun aku tetap merasakan majlis semalam amat bermakna.. mungkin kerana dihadiri oleh rakan-rakan aku yang juga rakan-rakan mu... atau pun bukan rakan-rakan mu.. (merepek ape??)..


Mungkin juga majlis itu bermakna apabila semalam, aku meminta ice cream 3 scone, tapi tauke Easy Corner pi bantai kasi aku ice kosong 3 gelas sekali harung.. mungkinnn... hahahah... aper-aper pun majlis semalam memang bermakna.. lalala...


Okay Majlis diadakan di Easy Corner Restaurant.. berhadapan Kolej kitorang jek.. Jam 10.45 baru start majlis.. coz before this.. kami duk discusion assingment dulu di Bahtera terrace, lepas tu baru pi enjoy (nak jadi Mahasiswa Pendidik berfikiran Bitara kaaaan)... Ini pengisian majlis nyer.. aku tibai curik dari Belog Stephanie..




Menu pada malam itu adalah ini.. Chicken Pizza dan Tuna Pizza.. beli di kedai Pizza Stop.. sederet jer ngan Restaurant Easy ni ha.. Rasanya? sedap pizza ni laa dari Pizaa Hut.. (recomended).. licin weii.. hahaha



Cam Whore!


Ini laa birthday Boy (boy? ye keh?) semalam.. Si Fadzil.. (YB Sandakan on the way).. Hari Lahir nyer jatuh semalam.. so, as his frenz, kami meluangkan maser untuk menyambut birthday dier.. even dier tak mintak.. Kitorang bagi T shirt Adidas as the gift.. sayang lak xder gambar T shirt tuh .. (-_-")



Aperpun.. majlis itu even sederhana, that okay laa.. ader jugak yang ingat untuk menyambutnyer di perantauan... Cake? kami order Pizza jer, coz 2 Februari lepas, kitorang dah sambut awal birthday dier kat restoran Kelapa Sawit dengan 3 jenis kek.. kek Coklat, Kek Blueberyy dan Cheese Tiramisu Cake.. 3 Slices only.. hahah.. (bajeet bajeett)

Thats All for today.. To find the true friends is hard to do, when you find it.. is was...

.

.

.

.

.

.

a BONANZA!

(quotes yang samerr.. lalala)


P/S: Happy Besday To Man TESL yang jatuh hari ini.. wee~

Apabila Virus tolak menolak menular

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua..

1) Pertama-tama, aku ingin mengingatkan.. sesuatu perkara itu tidak akan timbul dan menjadi isu jika tiada orang yang menimbulkan isu itu..

2) yang kedua-dua.. aku suka mengingatkan bahawa sesuatu perkara yang berlaku ini haruslah ditanggung akibatnya. Maksudnya.. kalo ko yang cari pasal dulu, aper kejadahnyer aku tak bertindak kaaan? ke camner?

3) Yang ketiga-tiga, ape ke hal ko cari pasal kalo takder angin, takder ribut.. aku tak ganggu hidup ko tetiber ko memporak perandakan keadaan.. so, gimme the reason mengapa aku tak boleh cari pasal ngan ko kaaaan? SO? salah KAH? lalalala~~

Okay.. enough for this rubbish.. aku akan membuka lembaran untuk bercerita tentang hidup aku semula..

1) Pertama-tama, sekali lagi diberi mandat sebagai Pengarah program untuk semester 4. Konsep aku mudah.. orang campak kepada kita, kita campak laa ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi gunung, campak ke sungai menjadi lubuk, campak ke kaki menjadi terompah. tak gitu?

2) Yang menjadi Kes mahkamahnya (quotes Temah), Apabila dah jadi pengarah, nak melantik AJK satu hal.. Dah lantik, ader jugek jenis tolak-tolak..

3) habes? Ingat aku takder kerja barang kali.. ingat aku tak bizi dengan keje lain ker? aper ni?? Ini ker ciri-ciri Mahasiswa Pendidik Yang berkepimpinan Bitara?? (motip)..

4)Ingat ko Obama ker? belum ape-ape sumbangan dah dikasi Adiah Nobel? (analogi), belum ape-ape hal, dah mengalah x moh bagi komitment.. (boleh pakai tak analogi tu?.. tak boleh blah)

5) Alasan aku paling tak suka adalah kesnya ada banyak Assingmentsss makanya ko tak perlu bagi komitment.. Habes? ingat aku takder assingments??.. cabaran harus laa disahut... (malas sudah mau bebel)

6) Makanya aku cukup risau dengan barisan kepimpinan AJK yang baru dilantik ini.. risau risau risau.. sasauu sasaaau... risaauuu sasaaauuu.... sila ikot nada ayat ini macam lagu Lady GaGa.. Bad Romance.. (Roma-roma-mamaa! Ga-ga-ooh-la-la!)




Gambar AJK program Debat Wacana Akademik Sem Lepas.. suker team dengan diorang.. sangat obedient dan tak banyak kerenah.. rindu sama kamooo

P/S: Aku adalah leader demokrasi.. jangan paksa aku jadi pemimpin autokrasi.. ribut nanti!

Feb 3, 2010

Tag yang sungguh Motip

Salam...

Baru menenangkan diri.. daripada melayan perasaan ini, adalah lebih baik aku jawab Tag yang dirembat daripada tah saper-saper... (motip.. lamer tak jawab Tag)

Peraturan Tag:

1) Jawab Soalan yang di beri dengan satu frasa atau perkataan sahaja...
2) Tag rakan blogers anda seramai 5 orang yang anda raser akan menjawab tag ini..

soalan:

1) Anda ialah seorang?
-Lelaki

2) Tagline yang anda paling tak suker?
-Poyo

3) Sebelum makan, anda perlu..
-Duduk

4) Antonim bagi frasa JAUH
-dekat

5) Rumah anda diami sekarang merupakan sebuah...
- Bangunan

6) Warna kesukaan anda
- Hijau

7) Kata hubung popular?
- Dan

8) Makan Petai maka busuklah....
-Mulut

9) Minyak wangi sinonim dengan...
-Bau

10) Anda suka melepak di tepi..
-Longkang

11) Perlu atau Tidak Pam jamban selepas digunakan?
-Wajib

12) Untuk membuat kuah kacang, kacang itu haruslah
-Ditumbuk

13) sila sambung ayat ini: Jerawat itu telah berkampung di .....
-Mukanya...


Lalalala~~ Nak Tag... erm... sesaper jerk yang nak wat.. heheh

Feb 2, 2010

Si Bobrok yang sememangnyer Bobrok...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Cuba nak beristighfar.. menahan Marah, sakit hati dan benci yang dulu takder.. kemudian membesar.. sekarang makin besar woh! semua sebab Lu punya keja laa.. Kepada SI Bobrok.. ini Mesej wa kepada Lu..

.
.
.
.
.
.
.

.

.

.

P/S: Mood : Aku.marah.marah.marah.blogspot.com.

Feb 1, 2010

Lu nak Pikir, Pikir laa.. Tak nak Pikir, Tak Payah Laa

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam Aku menghadiri Majlis Tayangan amal Filem Lu Pikir La Sendiri. Lakonan Nabil, Mila, Zizan dan Puteri Sarah Liyana. Diselit juga beberapa orang pelakon Jemputan atau cameo dalam Filem itu seperti Amy Search, Vanida Imran, Fahrin Ahmad, Faizal Tahir and Meet Uncle Hussien.

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dengan Kerjasama Persatuan Persuratan Melayu. Okay, sebelum aku nak review lebih lanjut Filem ini sama ada:

1) ianya best atau pun tidak,

2) sama ada ianya membazir ataupun tidak

3) sama ada ianya memerlukan ko guna Otak atau tak perlu guna otak untuk fikir sendiri tentang jalan citer filem ini...

Mari laah tengok perjalanan hidup aku dulu sepanjang hari kelmarin. (IM AJK bagi tayangan semalam)



agak-agak mana satu aku dalam gambor diatas?
.
.

Okay, tayangan ada dua sesi, iaitu untuk 4.30 petang hingga 6.30 petang dan malam lak pukul 8.30-10.30 malam. Sebelum sesi tayang bermula:

1) Ada bengkel Drama dan Seni Lakon yang di kendalikan oleh Pn Aminah Rhaop. She is Pengarah dan Script writer bagi Film ini.. and Dier orang Tanjong Malim.. but menjadi lecturer di Uitm Shah Alam.. pernah bekerja di sebalik tabir dalam film Wayang.. Drama Salam Taj Mahal.. Meena Meenachi dan So on... (Mostly Erma Fatima types) . Bengkel bermula pada pukul 2 petang hingga 4 petang.

2) Bagi aku, bengkel ini amat menarik becoz dier memang guna pendekatan amali not teori.. kalo Amali, sah sah laa ko tak duduk bertenggek atas kerusi mendengar orang membebel sorang-sorang kat depan.. dalam bengkel itu, ko akan join atas pentas berlatih sama-sama dengan pengarah filem dan krew.. (mana nak dapat peluang ni wei?)

3) Aku bercakap atas kepentingan bersama (yang berkaitan sahaja) yakni sama ada kepada mereka yang SEDANG belajar Kesusasteraan Melayu waima BAKAL mengambil Kursus Kesusasteraan Melayu.

6) Dalam Kursus itu ader satu Subjek wajib : Drama dan Seni Lakon, So amatlah rugi if ader kawan-kawan yang tak join benda ini..(kalo ader keje nak wat camna kaaan).. satu lagi, ramai gak elergic ngan frasa Drama ini.. So, Kalo tak nak amek drama dan Seni Lakon, tak payah laa amek Kesusasteraan Melayu.. pergi jer amek Kos Fizik saner.. settle.. tak gitu?



Ini Setiausaha dan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Sesi 2009/2010, Kak Miera dan Abang Fauzan.. agak2x mana satu Kak Miera mana Satu Si Pojan? heheh
.
.
7) Okay, after Bengkel. tayangan Filem pun bermula.. Actually melalui tayangan amal ini juga dapat laa menggerakkan siket Persatuan BM yang ditinggalkan tergantung, terpontang panting, hidup segan, nak bubar takleh pulak...
.
8) So, dengan adernyer ahli Majlis tertinggi Persatuan BM yang baru.. maka berdikit-dikit cuba menghidupkan kembali aktiviti Persatuan yang makin kurang kepercayaan ahli dan Penyokongnya kesan tinggalan nenek moyang zaman purba lagi kuno dahulu kala... (selagi sikap bagaikan lalang dan TAGLINE 'ader aku kesah' masih WUJUD wei)...
.
.

Ini Wadi (junior), Kak Noraini (senior) dan Fareez (frenz) tiga generasi Persatuan BM.

Okeh-okeh.. hentikan repekan yang berkualiti.. review filem...

Filem Ini Best ker tak?

1) Filem ini best bagi aku.. Aku bukanlah peminat filem Melayu (even aku orang Melayu).. aku Tahu filem Melayu amat skeptical dengan rencah turun temurun.. *korang taw laa kaann*.. Lawak dalam filem ini boleh dianggap lari dari Lawak splastik. Maksudnya Lawak bodoh takder.. no no no.. dan penceritaannya boleh difahami..(even ader babak dipotong)..

2) Ader juga scene yang aku tak terfikir akan diadakan di dalam filem ini contohnya, time Nabil mencampak Puteri ke dalam tangki air kat bengkel Motor, babak Nabil bertumbuk dengan Abang Long kat dapur rumah.. (kes Abang Long dier jual Motor nabil untuk beli dadah)..

3) Filem ni, time lawak.. lawak laa.. time serius.. serius laa.. Aku paling suker babak Nabil pergi kerja kat Pasar Malam untuk beli kasut sekolah Adiknye (MILA).. teringat Kasut Aku yang antik lagi comel ituh.

4) Filem ni sarat dengan Babak kekeluargaan.. contohnyer Nabil cari macam-macam kerja just untuk menyara hidup keluarga.. (penjual ayam.. jual kat pasar malam.. jadi mat desbatch.. kerja kat bengkel motor) babak takleh dilupakan dan harus dirakam curi (boleh gitu?) babak dier pi bertumbuk ngan abang Long dier kes Dadah.. agak hidup jugak laa..

Tayangan Filem Ini Membazir atau Tidak?

1) Totally Not... (even ader editting) kerana berpadanan dengan harga tiket.. dan dengan kedatangan filem ini, juga ader bengkel for student UPSI.. Free.. Aku raser berbaloi..

Ko Perlu Fikir Sendiri Ker Tak Lepas Tengok Filem ini?

tajuk Lu Pikir La Sendiri adalah tagline Pelakon Nabil sahaja.. Filem ini sarat dengan mesej kekeluargaan, ketekunan dan kegigihan mencari rezeki halal.. tidak penuh dengan lawak dan babak merapu semata-matanya.. Kene fikir sendiri ataupun tidak.. tepuk dada tanyalah sendiri.. nak tengok aper-aper cerita waima dokumentari pun memang kene fikir.. so, kalo tak nak guna otak.. tak yah berfikir.. lalala...

P/S: Sekadar review peribadi.. kalo reporter kater tak best.. dier punya hal laah.. selera dan pemikiran lain-lain.. tak gitu?

Jan 30, 2010

Peribahasa Bombastik

Salam..

Peribahasa Bombastik? apa tuh? Tajuk Assigments ker?
.
.

Ucapan ini bukan untuk Makhluk yang berspesies Manusia

Salam..
Aku lupa dan sememangnya lupa.. Birthday blog ini adalah 27 Januari 2009. Sekarang dah masuk 31 Januari dowh.. means dah lewat nak wish atau buat entry ulang tahun kewujudan belog ini.. (ader ko kesah?)
.
.
Niat memang dan ada.. tapi itu laa.. disebabkan aku melayan feeling merajuk nieh, muwehehe~~ menyebabkan aku memang lupa dan ter tidak sengaja lupa nak wish for this Life like This belog..
.
.
Life Like This memang merakam perjalanan hidup aku, perjalanan hidup orang disekitar aku, dan jugak merakam perasaan aku sendiri.. oleh itu aku memang sayang sangat-sangat sama belog ini..
.
.
Aku mencipta belog ini sememangnya niat aku adalah untuk mengekspresikan diriku.. bukan untuk membebel sorang-sorang, waima merapu tak bermakna.. aku merapu, namun setiap merapu itu ada maksud yang ingin aku sampai.. (kalo ko x paham.. aku je la yang paham).. bak kater Temah, Repekan yang berkualiti.. heheh
.
.
Aku mencipta belog ini sewaktu mereka bersiap sedia untuk ke Kejohanan Debat Astar 2009. Team Syera, Bae, Hafiz dan tidak diluper.. team Kaza, Kak Nad, and Syahida.. Segala rakaman perjalanan hidup bermula di kejohanan Debat Astar.. meleret kepada perjalanan hidup di kampus, di kampung, di Sungai Petani, Sungai Samak, Kejohanan Debat dan sebagainya..
.
.
Banyak memori tercipta dengan Blog ini tahu? so? sekarang ianya berusia 1 tahun 3 hari.. Happy Birthday LLT...
.
.
P/S: wondering mengapa Surat debat Astar belum sampai.. kater dah Fax 5 hb januari... (-_-")

Jan 28, 2010

Creatures in The Captures

Salam..

Okay, this is the old captures of my life in This Uni. The Track and Field Class as known as OLAHRAGA. This captures describes my very first semester here. Just see what I did with this picture. Hard to digest what Im gonna to tell you. But as long as.. the quotes 'Ada Aku Kesah'? still exists... So?? ....cheers...


Lets somebody rest before you jump up and rolling down.. its was quite happier class- not to the jocks, jinx, cheers leader already.. its quite fun too- for the geek, nerd and etc :B


This is Aliza.. now she became famous as known as Dato Seri due to her style. Beside her is Fatin Nadia, Kelantanese.. This is Semester 1. Now in Semester 4, she wearing full Muslimah. Longer 'Tudung', and beautiful yet adorable 'jubah'. Nice Transformation.


Rasyid and Hafiz. The happy moment.


In The Gym.. last day Olahraga Class..


I'm thirsty, sooo what?


The Male Factors in this Class.. OLAHRAGA..




The Field.. during this class.. some of us always prayed Please... here come the rain.. HAHAHAHA~~~ but its was some of thousand sweet memory was captured there..
P/S: Broken English.. Ader Aku Kesah?? lalalala~~

Jan 26, 2010

Aku bukan nak mengempen waima nak mencapub di sini

Salam..
Aku makin malas nak berblogging. Dijangkiti virus Aku.malas-malas.blogspot.com daripada si Temah barangkali. Mungkin jugak blog aku tidak berilmiah (wah *tiba-tiba* mengaku aku nie semakin berilmiah. Bermonolog dalaman sambil tumbuk perut sendiri).
.
.
Atau mungkin juga idea aku diserap oleh Facebook. Makin banyak ilham datang, aku salurkan di Facebook sahaja sebagai tempat meluah segala bagai rasa dalam hati.. perot.. waima limpa ini...
.
.
Okeh.. disebabkan aku makin melekat di facebook, makanya aku cuma mahu menyentuh sedikit sahaja. Mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) yang aku rasa makin panas (sekurang-kurangnya tak lemau macam aku sem 1 dedulu) di UPSI kini (sensitif Wordss).
.
.
Panas dengan Banner yang makin banyak, poster segala bagai.. tak campur ngan jentera yang makin hebat memancing.. tambah-tambah kalo jumpa face to face dengan calon..selalunyer jumpa dalam lift tak pernah tegur.. tiba-tiba, dah jadi calon.. terus hulur tangan berjabat tangan.. opss..
.
.
Entry ini bukan tempat aku nak mencari publisti (capub), Memancing Undi, waima nak hasut sesaper pilih memaner pemimpin pro seh su atu dan bla bla bla. Itu hak ngko lah nak undi sesaper pong..
.
.
Namun sebagai mahasiswa berintegriti.. kita kena optimist agar keadaan akan menjadi realistik lagi bombastik untuk memilih mana-mana calon dengan cara bijaksana. So, entry ini Cuma sebagai panduan sahaja yer.. For UPSI bloggers Only..(yer laaah dah ko jer leh undi depa kaan)
.
.
juga diselitkan sedikit perbualan aku dengan Kilul melalui gambar di bawah.. (jentera PRK nieh).. then pandai-pandai lah analisis sendiri.
.
.
Calon mana yang berkelayakan.. (hensem dan cantek di tong sam pah kan).. pilih lah calon yang boleh buat kerja, bukan calon yang boleh dikerjakan.. (sila lah tanya dan siasat latar belakang memaner kawan-kawan sekelas mereka.. bukan tanya jentera semata-mata)
.
.


inilah rakaman (rakaman? tak leh blah) aku ngan KILUL. So, korang yang mempunyai pencerapan minda yang baik sudah tentu tahu macam mana cara nak analisis (cari keyword, permasalahan dan istilah segala).. dan pandai-pandai lah yer.. Aku tak mengkempen sesaper pun. sekadar klu.. mungkin =)



.
.
uits, *tiba-tiba* ader gambor nieh.. Okeh, Facebook menunggu.. dah.. blah blah blah...
.
.

P/S: undi aku ? rahsiaa.. aku war-warkan dalam status, tak semestinya benar.. 1 lagik, Assignments bergerak seiring dengan Facebook.. boleh gitu? dush dush dush

Jan 25, 2010

Aplikasikan peribahasa anda sekali goss

Salam..

Kalo aku nak cerita kronologi karang, takot berjela.. teros korang tak paham.. So aku upload jer gambar.. Senang!..

Yang jadi kes entry nie yer.. pasal Peribahasa Melayu.. ianya tidak menyentuh peribahasa Cina, Tamil waima Peribahasa Banjar.. ini adalah peribahasa Melayu..

So, ader laa kawan aku nie.. (aku cencored muker dan name kes Bukan her feeling atau kesedihan beliau difokuskan) no no no.. just nak fokus penggunaan Peribahasa jer.. Kang tak pasai-pasai jadi kes mahkamah.. saper nak jawab?

okeh-okeh.. mari kiter analisis satu persatu peribahasa yang di aplikasikan dalam status facebook beliau.. dan respon geng aku..





hahaha.. Melayu memang kaya peribahasa dan keindahan bahasa.. kalo saper-saper tak mengaku Melayu tu memang laa.. even ko duk Aspen waima Bristol sekalipun, ko tetap Melayu kaan.. speaking London tu perlu namun bahasa Melayu jangan di luper..
.
.
Tapi yang tak leh blah ngan status tu penggunaan frasa peribahasa cam nieh..
.
.
1) Musuh dalam Selimut
2) Gunting dalam Lipatan
3) Musang berbulu Ayam
4) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..
.
.
okey, maksud kawan aku sorang nie.. sesiapa pelaku itu akan tewas jua..
.
.
okey analisis aku pulak macam nieh...
.
.
1) tupai yang melompat akan jatuh jua.. maksudnyer pelaku/musuh akan tumpas..
2) musuh dalam selimut tu si tupai laa kaan?
3) tiba-tiba ada musang berbulu ayam.. tu laa mana satu musuh? tupai ke musang??
4) lepas tu tiber2x si Mai bilang musang duk dalam lipatan.. bukan gunting ke duk dalam lipatan?...
5) dan segala menatang tu duk dalam selimut aku kaan?
.
.
Pengsan aku gelak!

Jan 22, 2010

Lain Kali!

Salam..
Aku ada 'bad habit' yakni.. suka tido balik after Subuh prayer.. Maksudnye after lipat sejadah, teros landing balik.. selalunye keadaan nie berlaku kalo kelas aku start pukul 9 pagi..makna kata.. jam 7.45 aku bangun balik..
.
.
.
Tadi.. Aku ada kelas Drama dan Seni Lakon.. Jam 9 pagi sampai jam 11 pagi.. seperti biasa, aku landing dulu lepas solat.. Nak dijadikan citer.. aku terbangun jam 8.29 minit.. choii.. terus aku siap ala kadar, turun.. Bas pulak lambat nak gerak.. selagi tak penuh cam tin sardin selagi tu laa dier tak gerak..
.
.
So aku bertolak agak lewat laa.. jam 9.05 minit baru bertolak.. sampai kat kampus.. aku jalan laju-laju.. cam gaya The Apprentice pon ader.. hahah.. bertali leher, baju kemeja, slack segala bagai.. sampai kat dewan Kuliah D, aku teragak-agak nak masuk, sebab jam dah tunjuk 9.23 minit.. peraturan.. lewat 15 minit joo.. Then Zurdiana kuar, nak pi toilet..
.
.
she said: hohoii.. lewatnya Fawezz..
.
Aku sengih jer laa (cuba bayangkan laa yerr)
.
.
Then pintu teropen oleh diana kan, so aku masuk ke bilik kuliah tuh.. kerusi ader laa dalam 100 lebih.. time tu Chemp ngan Miera duk bermonolog kat depan.. lecturer duk khusyuk tengok monolog diorang.. (yess!! peluang depan materr) terus aku masuk selamba ayam cari tempat duduk..
.
.
Hafizudin lak duk buntangkan mater.. Aik?! dier cam terkesima kes aku selamba jer koot.. (apiss duk depan time tuh)
.
.
Aku jalan kat area tengah kelas.. naik ke tempat duduk belakang sekali.. time tu semua mata duk jeling-jeling.. senyum-senyum kat aku..
.
.
Aku tak paham lagik.. lewat sikit jer pun.. (23 minitsss) then duk tepi Iqbal.. dier lak ckp, selamba ko yerr...
.
.
Aku senyum je laa.. (alah macam tak biaser tengok aku lambat)...
.
Then pukul 9.30.. lecturer said.. okay, tu dia monolog terakhir untuk hari ini.. sebelum kita balik, saya nak komen sikit je.. bla-bla bla-bla..
.
Aku pelik, aik... kejap nyer kelas nieh... tak kan da nak habes kot... Aku bukak File.. cek jadual..
.
rupa-rupanyer.. kelas Drama start jam 8.00 pagi hingga 10 pagi daa.. bukan jam 9.00 pagi-11 pagi.. maknanya aku lewat satu jam 23 minit... bukan 23 minit! Patot laaaa....
.
.
P/S: naseb baek aku tak kene blast ngan lecturer yang khusyuk melihat persembahan..

Jan 21, 2010

Dalam Kecemasan Itu...

Salam..

Aku dan Aini sering kali ditempatkan dalam kelas yang sama semenjak semester satu lagi. Even kitorang tak sama course.. (aku budak Bahasa Melayu, dia ambik kos Bimbingan dan Kaunseling), namun selalu jumpa jugak laa dalam satu-satu kelas.. Antara kelas kitorang adalah Pembangunan Sahsiah, Olahraga dan terbaru ialah Pengurusan Pembelajaran.. (EDU)

Kelas ni, memang Aini minat giler.. Selain lecturer kitorang dilabel macho (terkesima seketika), Aini juga pernah cakap lecturer kitorang memang pandai mengajar.. (maybe dia bekas guru sekolah)..

dan lecturer kitorang ni muda lagi.. anak sulung pun baru masuk Form 2. Lecturer kitorang datang mengajar dengan bawak motor Besar.. kaler Oren.. (motor cam ala-ala Kawasaki Ninja or Duccatis).. memang stylo habes laa lecturer nieh..

Nak jadi cerita.. tadi hujan.. jam dah pukul 2.15 minit petang.. pastu aku tak nampak kelibat Aini dalam kelas.. then aku call...

Aku: Salam.. ko duk mane?

Aini: Salam .. wei aku tak ingat laa kelas EDU pukul 2 petang. Aku ingatkan pukul 5 sampai 7 petang.

Aku: Alah sempat ja.. encik tu tak sampai lagi.. hujan nieh... dier kan bawak motor.. sempat.. meh datang meh.

Aini: yer ek? aku ngah iron baju.. sat gi aku datang... bla-bla-bla.. salam..(nada bersemangat nak datang.. kelas favorite kaaan.. situasi cam dalam emergency la tuh)


Then.. tak lama kemudian datang mesej ke dalam inbox..

Aini: Salam...Pawez, kang Encik tu dah masuk, ko roger aku. Aku dalam bus dah hah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku typing Messange..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku: Pah Bedah! Yew..
.
.
.
.
.
.
.
.
Aini is typing Mesej..
.
.
.
.
.
.
.
Aini: Ngok ngek la ngko!

Jan 19, 2010

Deeper Conversation

Salam...
Aku baru ada mood untuk bercerita serba sedikit perjalanan kes hidup kuh di Bumi UPSI ini.. meskipun aku berasa aku masih berada di awang-awangan kerana terpaksa berhempas pulas nak membahagikan masa antara Assingments, Program Persatuan Bahasa Melayu UPSI dan juga My Favourite Club.. KDBM UPSI.. (poligami laa kata kaaan)
.
.
.
ini adalah Gambar aku satu Team ngan Abu dan Kak Halimah.. Debat Naib Canselor..
.
.
Secara ilmiahnya, KDBM ini bukan Akronim bagi Kelab Duda Bangsa Malayalam.. no no no.. KDBM ini adalah singkatan bagi Kelab Debat Bahasa Melayu. Oleh itu disebabkan Aura kelab ini lain dari kelab yang lain.. maksudku.. keeratan hubungan adik beradik dan kekeluargaan itu terasa cukup utuh.. rapat sangat-sangat.. (kecuali ko menjarakkan diri daripada kitorang.. sah sah laaa kaan)
.
.
.
the latest Picture.. Ini team terbaru aku.. Nuraini Munawar, Noraini ahmad.. yang kiri sekali Sue Hana, Junior KDBM.. girl Tesl IPSAH.. even junior, dia sama umur ngan aku.. dan Beliau adalah Team mate Amir dan Zurin yerr.. bukan posisi simpanan kitorang.. heh

.
.
bak Kata Noraini Munawar (junior aku): Kita tak pernah lagi taw rasa macam ni (best sangat).. kalo masuk aktiviti lain.. tak rasa dan nampak macam nie.. (time tu duk perhati ahli geng debat borak2x gurau2x.. sesama mereka).. rapat.. saling membantu.. melainkan KDBM ni je..
So, berlandaskan rasional ini.. Aku tidak akan berpoligami dah.. sem depan aku akan tumpu satu sahaja.. KDBM.. Boleh gitu?



Malam.. ketika bertempur dengan Kolej Aminudin Baki (KAB) aku di suruh naik oleh Dak Aini.. tukar baju.. pakai Baju Melayu.. semata-mata nak sama kaler ngan baju Team Mate.. Biruuu..

.
.
So, sepanjang kehilangan aku dari dunia blogging ini dua 3 menjak ini.. Sebenarnya hari aku di isi dengan aktiviti agak berilmiah.. Aku telah menyertai Kejohanan Debat Piala Pengetua KHAR untuk kali kedua.. pernyertaan Pertama dulu sekadar cukup Korum.. Penyertaan kali ini cukup serius..
.
.
Pertama kerana junior yang ramai menyertai.. luar biasa bilangan mereka.. Junior sangat bagus sekarang.. disebabkan mereka tidak jemu berusaha dan mendapat didikan senior (perlu ker aku sebut nama diorang ha? heheheh) yang tidak lokek ilmu dan tidak membiarkan adik junior terkapai-kapai mencari hala tuju apa itu perdebatan.. maka aku kira, mereka meningkat dengan mendadak sekali.. syabas..
.
.

Aini ketika menentang KUO 2 diperingkat Suku.. tak cukup garang berbanding bertemu KUO 1 peringkat separuh Akhir.. hehehe.. Siap tengking-tengking tuuu.. (KUO=Kolej Ungku Omar)

Sejujurnya aku tidak pernah berasa tergugat atau tercaras dan sama waktu dengannya.. sebaliknya aku gembira.. makin ramai yang menyertai Kelab dan makin bervariasilah bakat yang sedia ada.. bakat dan kemahiran boleh di asah dan digilap.. asalkan anda komited..

Berbalik kepada Aktiviti aku itu.. Aku mewakili Kolej Harun Aminnurashid 1.. berlawan dengan Kumpulan lain yang Hebat serba serbi.. sukar menggugat mereka.. Jadi bila mendapat rezeki sebegini.. Bersyukur sahaja.. Benar.. Ilham Allah datang menerangkan Hati.. melembutkan lidah menyampai yang benar dan menentang kebatilan.. bila digunakan sebaik mungkin.. Insya Allah..

Aku tidak kira kata-kata orang lain.. percaya kebolehan diri.. maka.. Aku tahu siapa aku.. Thanks to Noraini Ahmad yang tidak jemu memberi semangat dan Noraini Munawar yang menjadi Nadi utama kumpulan.. tanpa penyampaian Kalian.. mungkin kita tidak ke mana.. Terima kasih =)



Credit to Cik Mus coz telah mengambil gambar kitorang berdebat semalam.. our very new junior.. jauh lagi perjalanannya.. umur baru 18 tahun.. Insya Allah ada rezeki.. ada tempat anda di arena perdebatan ya.. =)
.
.

P/S: to Razi.. Cik Mus bukan Encik Mus HEP.. jangan bertukar lagi.. hehehe

Jan 18, 2010

Men

Salam..

MEN

I'm hungry. = I'm hungry.

I'm sleepy. = I'm sleepy.

I'm tired. = I'm tired.

Nice dress! = Nice cleavage!

You look tense, let me give you a massage. = I want to fondle you.

What's wrong? = I don't see why you are making such a big deal out of this.

What's wrong? = What meaningless self-inflicted psychological trauma are you going through now?

Yes, I like the way you cut your hair. = I liked it better before.

Yes, I like the way you cut your hair. = $50.00 and it doesn't look that much different!

Let's talk. = I am trying to impress you by showing that I am a deep person.

(while shopping) I like that one better. = Pick any freaking dress and let's go home


P/S: the another Phrase were succesfully deleted.. lalala~~

Women

Salam...

WOMEN


Yes = No

No = Yes

Maybe = No

I'm sorry. = You'll be sorry.

We need = I want

It's your decision. = The correct decision should be obvious by now.

Do what you want. = You'll pay for this later!

We need to talk. = I need to complain.

Sure... go ahead = I don't want you to.

I'm not upset. = Of course I'm upset, you moron!

You're certainly attentive tonight. = Is sex all you ever think about?

This kitchen is so inconvenient. = I want a new house.

I want new curtains. = and carpeting, and furniture, and wallpaper...

Hang the picture there. = NO, I mean hang it there!

I heard a noise. = I noticed you were almost asleep.

Do you love me? = I'm going to ask for something expensive.

How much do you love me? = I did something today you're really not going to like.

I'll be ready in a minute. = Kick off your shoes and find a good game on T.V.

Is my butt fat? = Tell me I'm beautiful.

You have to learn to communicate. = Just agree with me.

Are you listening to me!? = {Too late, you're dead}

Was that the baby? = Why don't you get out of bed and walk him until he goes to sleep?

I'm not yelling! = Yes I am yelling because I think this is important.

P/S: okay.. the Phrase of Men will come soon..

Jan 14, 2010

Bila meter kesabaran Aku mencecah ke tahap 270 darjah

Salam..

Kamu tahu apa makna Puaka? Syaitoon? dan suku sakat jin Ifrit? tahu??.. istilah paling senang, dalam Bahasa Melayu, menda tuh dinamakan sebagai Hantu.. Bebudak kalo dengar perkataan Hantu, terbayang laa muka buruk lagi Huduh, dengan Perangai mengalahkan Menda yang terburuk2x.. Jarang bebudak sebut Hantu nieh Cumill.. cantik segala bagai...

Apa pula kawan bagi Hantu nieh? Mereka nieh macam manusia.. yang dikatakan berdampingan dengan Hantu-hantu ni laa.. contohnya macam si Degawan, Pak dukun segala.. Bomoh Bagai segala..

Namun.. ader jugak sahabat syaitooon nieh tergolong daripada manusia yang berperangai Macam Setan..

Contohnya: melakukan perkara mungkar..

Contohnya lagik: melakukan perkara yang syaitoon sukai..

Dan salah satunyer Sifat pengotor.. (Manusia Pengotor adalah sahabat Syaitoon)

Kaedahnya.. bila ko sumbat sisa ko makan dalam sinki, tersumbat laa segala bagai menda dalam sinki tuh.. ko ingat sinki tu tong sampah barang kali... Aku raser, selain ko tak reti membaca (notis kat dinding) ko jugak buta mata selain buta hati..

Punyer laa besar plastik hitam tersangkot tepi sinki rumah... ko pi tibai curah sisa makanan dalam sinki.. ko ingat sinki tuh berfungsi dengan pam segera? ada flush macam mangkuk jamban ka? (satu lagik, ko reti flush jamban ker tak??)

Ni masalah basi, semester lepas lagik ko wat perangai setan nieh.. Ko memang spesies Hantu yang baru dijumpai barang kali.. Makanan lak, ko rebus telur, kulit telur ko bantai masuk lam sinki jugak, bodoh punya Anak (sila letak nama bapak dia).. tak berbau ker dapur tuh dengan telur..

Pinggan mangkuk, sudu ko biar berkulat tepi sinki, ko nak suruh tumbuh cendawan dan spora segala bagai dulu baru nak basuh.. pengotor! pengotor! pengotor! Boo pengotor!

Okeh, ini satu lagik aku nak pesan kat kamu:

Kamu raser la kan.. Aper tindakan aku boleh buat???? cepat-cepat bagi pendapat yang bernas..
ini keseriusan tahap dewa.. (cadangan pi humban dier dari tingkat tujuh tak maen).. Thats All..

P/S: Sakit Jiwaaa~~
Related Posts with Thumbnails